|
PETALING JAYA, 26 Ogos: Pejabat Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam telah menerima hasil siasatan
Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah.
Setiausaha
Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan siasatan tersebut
mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut
Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan
dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua
belas (12 ) penama yang diadu.
Mereka ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes
Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @
Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit,
Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Jawatankuasa
Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun
dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada
perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010
yang akan datang.
“Pada masa yang bersama dua belas (12 ) penama tersebut mempunyai hak
untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula
dari 29 Ogos 2010 nanti,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang. |