|
KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Tindakan kerajaan Kelantan
yang mahu memfaikan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan Royalti 5
peratus, terus mendapat sokongan pelbagai pihak.
PAS pusat
dalam satu kenyataan menyokong penuh usaha tersebut dan mengarahkan
ahlinya hadir hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini.
"PAS
menyeru agar rakyat, khususnya anak-anak Kelantan dapat hadir ke
Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini untuk sama-sama memberikan
sokongan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan exco
Kerajaan negeri yang akan menghantar writ saman berkenaan," kata Ketua
Penerangan PAS, Idris Ahmad.
Selain
itu PAS juga katanya meminta agar Kerajaan Negeri mengheret sekali
Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan yang membuat keputusan bagi
menghalang Kelantan menerima hak royalti berkenaan.
Menurutnya,
kabinet telah cuba menafikan hak rakyat negeri itu sedangkan Akta 144
Petroleum Development Act 1974 memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan
Kelantan menuntut hak royalti tersebut.
Selain PAS pusat,
kepimpinan PAS di peringkat kawasan di seluruh Lembah Klang juga mula
menyeru ahli PAS di kawasan masing-masing untuk sama-sama hadir ke
mahkamah pada hari tersebut.
Khidmat Pesanan Ringkas SMS, FaceBook dan Twitter dilihat digunakan sepenuhnya menyebarkan maklumat ini.
Selain
itu, Penasihat Persatuan Anak-anak Darul Naim (Persada), Wan Johari Wan
Omar juga turut mengarahkan seluruh ahli persatuan itu hadir memberi
sokongan.
Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap tindakan berani
kerajaan Kelantan tersebut.
Kelantan akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada hari Isnin, 30 Ogos ini jam 9 pagi.
Selesai
urusan saman tersebut dibuat, satu majlis solat hajat akan dibuat di
Masjid Wilayah, Jalan Duta dan dijangka diimamkan Menteri Besar
Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. |